BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, October 26, 2009

Percubaan Pertama

Ahakss hari nih aku try masak ayam masak rempah hitam. Serius aku tak pernah cuba pon rempah hitam sebelum nih. Kalau takat masak kicap tuh tak yah cakaplah memang febret.. Baru ku tau ada pulak jenis rempah nama "rempah hitam". Mungkin femes d semenanjung jak tak pernah aku jumpa di sabah. Tak tau lah kalau aku yang tak alert.. Tapi serius tak pernah aku jumpa di sabah. And semalam first time aku masak and first time aku makan masakan rempah hitam hahaha...kesian..

Actually aku dapat rempah hitam nih dari siDIA.. Dia kirimkan dengan barang-barang yang lain hari tuh.. Masakan febret dia..so dia mau juga aku tau masak guna rempah tuh.. Aiyukk nasiblah lulus juga hahaha.. Masak sambil di nilai tuh.. Tah apa angin dia mau tengok aku masak-masak di dapur.. Nasiblah webcam tak buat hal semalam.. Kalau tak adalah yang merajuk lagi.. Berapa kali sudah dia mo tengok aku masak.Dah lah aku tak reti nak masak muahaha.. Semalam dialah yang ajar aku cara-cara nak masak. Dah memang aku tak tau nak wat camna kan.. pestaim orang kata hahaha... Hasilnya .....

nyum nyum nyum.... makan jangan tak makan hahaha

Resepi:
1kg daging/ayam
1 paket rempah masak hitam
1 inci halia
10 ulas bawang merah
1/2 biji kelapa di buat kerisik
3 sudu besar gula
3 sudu besar kicap pekat
sedikit asam jawa
garam secukup rasa.

Bahan A.
Hiris bawang merah, bawang putih dan halia.. (untuk d tumis)

Bahan B.
mesin baki bawang merah,putih, halia.

Gaul bahan yang telah di mesin bersama rempah masak hitam dengan garam,gula, dan kicap.

Tumis bahan A sampai wangi dan kuning.Kemudian masukkan Rempah masak Hitam yang telah di gaul. Apabila sudah cukup masak semua bahan tadi barulah masukkan ayam/daging bersama 2 gelas air.kemudian masukkan kerisik bersama air asam jawa.

Tunggu sehingga masak dan sedia tuk dihidang.


2 comments:

LadyD said...

macam sedap je...mana resepinya..kot2 boleh try..

nienakariena said...

hihi ladyD.. nanti niena msukkan resepinya ya.. bz skit lah skrg.. ada msa nnti niena hapdet