As I said aku boleh bergelak ketawa dengan kawan-kawan yang lain tapi tak siapa yang tahu apa yang ada dalam hati aku. Malam ini ternyata aku tewas dengan perasaan sendiri. Lemas di telan kesyahduan malam. Dan akhirnya airmata menjadi teman dimalam yang sepi. Saat sepi menyapa hati hanya batin yang merasa pedihnya. Bukan mudah untuk menjadi kuat andai jiwa dan raga tak gah bak sinaran mentari. Bukan mudah untuk mengaku tabah andai hati serapuh kaca..
Disaat demam begini hati mudah diusik rasa. Adakalanya kita tak berjaya dalam mengawal emosi. Sesekali minda perlukan rehat dari terus berfikir. Sampai bila? Tanyaku pada diri sendiri, namun tiada jawapan yang aku temui. Cerita ini cerita aku. Aku yang memulakan dan aku juga yang akan mengakhirkan kisah ini. Sampai masa cerita ini hanya tinggal sejarah masa silam.
Wednesday, December 22, 2010
Di remang malam.
Suara Hati nienakariena at 1:07 PM 4 comments
Wednesday, December 8, 2010
Oh lenaku yang meragam...
Bila dah tejaga dari tidur memang payah untuk kembali lena. Kepala dah mula rasa memberat. Denyutan yang terasa semakin berirama. Sudah kerap rambut jadi mangsa ditarik untuk melegakanya sedikit. Kepala di tekan2 tapi masih terasa denyutan itu..Kebelakangan ni jadual tidur tak berapa nak cun..Asyik tidur lewat dan tak dapat nak lena mimpi yang indah2 pun tak kunjung tiba. Entah apa je yang difikir sampaikan mata tak leh nak pejam lama..Serasaku otak ku kosong, tak juga memikirkan maralah megara.. Tak kan kepalaku sakit kesan dari harga barang yang makin naik di malaysia.. Haha tak kan berfikir cerita mat jenin yang selalu berangankan keindahan membuatkan kepalaku sakit berfikir haha..Mungkin otakku perlukan rehat yang secukupnya..Jadi harus untuk keluarkan otak bagi dia duduk di kerusi rehat? Hahaha tak perlu rasanya huh..
Dua hari lepas aku terima sms dari seorang pegawai memanggil untuk menghadiri mesyuarat sukan dan kepimpinan yang akan diadakan di Cairo 8hb ni. Ya hari ini..Macamana aku nak hadirkan diri bila aku belum tidur lagi ni haha..Tadi dah confirmkan nak datang. Insyaallah aku and dua orang kawan akan betolak sebelum tengahari.Memandangkan meeting jam 3.30 petang so sempat rasanya kalau kami bertolak tengahari. Tiket pun belum beli lagi harap2 dapat bangun awal haha
Meeting di jangka habis sebelum maghrib,so sempatlah untuk aku pulang ke alex di sebelah malam. Tak betah untuk duduk lama di cairo di saat2 kepala serabut memikirkan exam yang makin hampir. Cuma ada tinggal sebulan je lagi..
Oh internet di rumahku masih tak ok lagi. Dah sebulan lebih takde tenet..Brodben pun aku dah pulangkan tadi kat kawan aku. So lepas ni aku hanya akan jenguk2 bila aku rasa rindu dan bosan hehe.. Almaklumlah online guna hp ni skrin tak besar gedabak. Penglihatan terhad. Lagipun nak fokus dengan study dalam tempoh sebulan ni. Aku kena bangkit semula hope sempat aku nak catch up semua subjek dalam tempoh ni. Aku mampu.Ya aku mampu.Aku mesti boleh buat...Huhu gerun takut serabut semua ada. Mungkin ini yang buat kepala aku selalu sesak. Kadang stress sangat2. Tambah lagi mood yang tak menentu.. Mulalah duduk mengadap lappy sambil main game haha.. Aku kena tinggalkan semua ini sementara waktu.. Aarrgghh gambate!!
Suara Hati nienakariena at 4:02 AM 0 comments
Sunday, December 5, 2010
Saranghae...
Suara Hati nienakariena at 2:41 AM 0 comments
Monday, November 29, 2010
ngek!!!
Suara Hati nienakariena at 3:52 AM 0 comments
Sunday, November 7, 2010
= ; ="
Suara Hati nienakariena at 10:15 AM 0 comments
Friday, October 1, 2010
peace!!
Suara Hati nienakariena at 1:21 AM 2 comments
Sunday, September 19, 2010
Salam Lebaran
Suara Hati nienakariena at 11:17 PM 0 comments
Sunday, August 15, 2010
Random
Agak lama di biar blog nih tak berhapdet.. Line internet yang selalu saja buat masalah dengan kesibukan melanda diri dengan hal-hal sendiri hehehe. By the way... selamat menyambut bulan ramadhan dan selamat berpuasa buat semua muslimin dan muslimat.. HAri nih dah masuk hari kelima kita berpuasa dan malam keenam untuk umat islam mengerjakan solat terawih.. Semoga ramadhan kali ini mendekatkan lagi kita kepada Allah s.w.t dan dapat meningkatkan ibadah kita kepadaNYA.
Alhamdulillah keputusan peperiksaan ku sudah pun keluar.. Dan Aku lulus untuk peperiksaan kali ini.. Melangkah setapak lagi untuk menuju kepuncak.. Aku harapkan kejayaan ini akan terus berkekalan..
Baru-baru nih ada majlis perasmian asrama yayasan sabah iskandariah di rasmikan oleh Ketua Menteri Sabah. Lepas nih pelajar-pelajar sabah di alexandria tiada masalah dengan rumah sewa lagi.. Sudah ada kemudahan penempatan di sediakan oleh kerajaan negeri sabah. Alhamdulillah syukur.. Bertambah seronok bila mana dapat duit raya pada malam perasmian itu.. Almaklumlah tak balik bercuti raya di tanah air.
Cuti tahun nih ramai juga yang akan balik ke malaysia.. Pasti seronok dapat bercuti dan beraya di kampung.. Aku? untuk kali ini aku memilih untuk tidak pulang juga. Walaupun sudah di offer untuk balik bercuti. Tapi ada sebab-sebab tertentu yang membuatkan aku memilih untuk tidak balik. Mungkin orang kata aku menolak peluang tapi bila difikirkan dari satu sudut yang lain, biarlah aku pulang dengan segulung ijazah, Mungkin itu lebih membanggakan dan tidak membelanjakan wang yang banyak. hehe
Suara Hati nienakariena at 1:49 PM 0 comments
Wednesday, June 16, 2010
oh!! goshh!!
Alhamdulillah berakhir juga peperiksaan yang sentiasa mendebarkan jantung dan menggetarkan tulang belulang aku yang memang sedia akan bergegar bila time lapar di tahap maksimum hehehehe... Last paper exam hari tuh 13 jun.. So ada beberapa hari dah berlalu.. Sekarang nih duduk melepak di rumah menanti hari untuk ujian lisan subjek al-quran.. 3 juzuk untuk sem ini.. Perlu kuatkan diri untuk terus menghafal.
Kalau lagu di hafal boleh jerk lekat kat kepala biar bertahun dah lagu tuh tak nyanyi, masih lagi boleh ingat.. Tapi bila ayat al-quran tak di ulang hafalan cepat jer berterbangan melilau keluar dari otak.. Betapa lemahnya!!..
Sekarang nih cuaca agak-agak panas dekat mesir.. Hari nih jer dah tak tahan dengan bahang panasnya..Esok lusa tak taulah... Mandilah dua tiga kali jawabnya. Kepala pon selalu sakit sekarang.. Mungkin keadaan cuaca yang agak terik..Kurang pulak minum air.
Sekarang nih agak susah nak update blog.. Dengan line internet yang selalu jer buat hal.. Kadang buat aku takde mood nak online pon ada. Cuma ada masa-masa tertentu online jugalah guna henset bila dah takde tenet.. Sengal jerk. Dahlah sekarang nih cuti tak tau apa nak buat. Tenet pulak selalu buat hal.. Tak ke ampeh tuh huhu..
Sejak internet buat hal dalam seminggu line tak ok tuh, terus jadi sewel jer line. Asyik-asyik putus then kadang time out manjang.. Tak tau dah nak buat macamana lagi.. Henpon jer jadi sasaran hahahaha...
Merancang cuti-cuti egypt di musim cuti ^_^
Suara Hati nienakariena at 11:47 PM 2 comments
Tuesday, June 15, 2010
Never Say Never!!!
Suara Hati nienakariena at 2:25 AM 0 comments
Friday, May 28, 2010
SelamaT BerjuanG
Suara Hati nienakariena at 11:25 PM 0 comments
28/may/2010
Suara Hati nienakariena at 12:18 AM 0 comments
Thursday, May 27, 2010
Catatanku~~~
Suara Hati nienakariena at 6:30 AM 0 comments
Monday, May 24, 2010
Exam Week!!!
Suara Hati nienakariena at 6:01 AM 0 comments
Sunday, May 23, 2010
wohooo!!!
Suara Hati nienakariena at 3:33 AM 0 comments
Sunday, May 2, 2010
Aku kembali!!!
Suara Hati nienakariena at 4:32 PM 0 comments
Tuesday, April 20, 2010
huhu!!!
Suara Hati nienakariena at 1:03 AM 0 comments
Wednesday, April 14, 2010
Kenapa?
Suara Hati nienakariena at 9:40 PM 0 comments
Sunday, March 28, 2010
[@,@]
Suara Hati nienakariena at 6:39 PM 0 comments
Wednesday, February 24, 2010
Best wishes..
Suara Hati nienakariena at 1:22 AM 0 comments
Tuesday, February 23, 2010
Riang Ria Cairo
Suara Hati nienakariena at 12:17 AM 0 comments
Thursday, February 11, 2010
somewhere
Aku sampai kat Ramsis Cairo semalam jam 6 petang and dorang pika and da geng da sampai tunggu situ, sempat di tegur ustaz yang nampak kami kat situ tanya ada musyrif ke tidak.. Dun worry brother ada gak musyrif yang amik kami hehehhe... Naik bas Awal Abbas then sempat pergi shopping kat markato..baru balik rumah sabah.
Sampai rumah sabah Tengok orang dah sibuk-sibuk dengan meeting and perjumpaan kumpulan. Aiyukk sempat gak lah tarik nafas sekejap then baru pergi perjumpaan kumpulan.
Hari nih mula dah program hari putri. Baru beberapa program yang selesai di jalankan. Aku terlibat dengan explorace hari nih. Memandangkan AJK kena jaga Checkpoint so kitorang gerak awal. Kena jaga dekat kedai juz(assir) nak ragging peserta minum air yang tak sedap hahaha.. Tapi dorang kata sedap jer air tuh.. laban subiya.. tah lah apa rasa dia aku pun tak pernah rasa. Dan check point terakhir dorang kena makan khusyairi..sejenis makanan arab. Dan selesai semua kena kembali semula ke rumah Sabah. Ada 7 check point semua yang kena di lalui. Bermula dari rumah sabah berlari ke Metro, hadra maut, KFC, Pizza Master, assir, syaikhul balad dan kembali ke rumah sabah.
Semua berkumpul di bawah setelah selesai berlari-lari anak mencari klu-klu di check point memasing. Dan bilamana semua klu sudah di kumpul dengan bahan-bahan yang hendak di cari sudah di berikan kepada ajk bertugas peserta pun bersurai.Ada kesempatan untuk menghapdet blog sebentar dan merehatkan diri. Bergayut dengan my cayang yang tengah demam tuh..kesian kat dia huhuhu..
Malam nih ada program lagi untuk acara dalaman. hahaha aku pula ikut main game malam nih win lose or draw.. hahaha best nih aku suka hahaha.. yeahh..
Suara Hati nienakariena at 4:08 PM 0 comments
Wednesday, February 10, 2010
Back 2 Cairo
Suara Hati nienakariena at 11:20 AM 0 comments
Monday, February 8, 2010
Jalan-jalan melihat alam
Suara Hati nienakariena at 8:30 PM 0 comments