BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, August 8, 2009

aunty muda

ahakss.. aku dah jadi aunty hari ini.. abang aku baru jak selamat melahirkan anak yang sulung.. hoye hoye.. eh silap..ada pulak abang aku yang melahirkan anak.. Isteri abang akulah yang beranak.. hohoho...

aunty muda? mudakah aku? hahaha mudalah kan selagi belum tua. ahakss... macamana tuh? isteri abang aku selamat melahirkan baby lelaki seberat ??? aku belum pergi timbang lagi berat dia hahah... Wah macam best pulak tau... Ada sikit tercuit hati macam mau balik malaysia... Kena pula abang aku asyik tanya jak bila mau balik..mau suruh aku balik.. Dia kata sempat lagipun.. Lama juga tuh cuti kalau balik sekarang. Hishh... Masalahnya... Tiap kali balik aku tak tau mau buat apa doh.. Duduk rumah, berjalan pergi KK... Lepak sembang-sembang dengan kekazen aku.. betul-betul tiada kerjakan..

Mulanya sembang kat Ym dengan adik sepupu aku, so dialah yang bagitau abang aku dah dapat anak. Cerita-cerita dengan ibu and bapa tadi. Agak lama aku tak dengar suara bapa(atok) aku. Seronok pula bersembang, tak sedar ada insan terabai seketika..ampun ya emba...

Petang tadi, aku call abang aku. Dia kat hospital Likas dia kata. Tengah jaga isteri tersayang ahakss... Kak ipar aku terpaksa di operation, sebab dia tak pandai nak meneran. Tu lah kena operation. Aku tak terbayang..Sempat bergelak ketawa dengan abang aku.. ikut sedap mulut jer aku cakap.."alah teran jerlah macam nak berak tuh" ewah-ewah bukan main lagi mulut akukan.. abang aku kata tak samalah..o0 ye kew tak sama... sempat aku berseloroh..dia takut terberak ker time nak teran tuh.. hahaha ketawa kami pecah... Otak sewel ko tak pernah nak hilang ekk kata abang aku.. ciss!!!

Tanya kat abang aku apa nama anak dia.. so dia suruh aku carikan nama... belek-belek cadang kat dia nama mohd safwan akmal.. ahakss.. panjangnyew nama... Insyaallah tuh lah kot nama anak dia.. Mohd Safwan Akmal Bin Mohd Shahrizan. Wah tak daftar lagi nama tapi dah berdaftar dalam blog aku hahaha...

Alhamdulillah anak abang aku sihat-sihat sahaja.. Insyaallah hari isnin dah boleh keluar dari hospital. Lupa lak tanya anak dia tuh hensen ker tak..Kalau hensem leh la aku booking untuk jadi pacarku hahahah.. Sempat tua nak tunggu budak tuh membesar.. wkakakka... Abang aku kata ada tanda lahir dekat dahi dia, warna merah. Ada lesung pipit. wah mesti comel macam lesung burung pipit hahaha.... abang aku cakap dia dengan isteri dia takde pulak lesung pipit, tak tau mana datang lesung pipit tuh..aku kata ikut kat aku wkakaka..betapa tahap keperasanan aku tuh meninggikan... hahahha tapi abang aku iyakan jugak... :)

Wah Rindu-rinduan terus..

0 comments: