BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, December 29, 2008

SamBuTaN MaaL HiJraH DaN SoLaT HajaT

Firstly aku mau ucapkan salam maal hijrah 1430. Alhamdulillah di beri lagi peluang untuk sama2 menerajui tahun baru islam ini. Semoga tahun yg telah berlalu membawa seribu erti dan pengajaran dalam kehidupan dan tahun yg mendatang hadapi dengan tenang.

Alhamdulillah selesai satu tugasan di bawah biro dakwah dan pendidikan yg menganjurkan program solat hajat untuk warga DMSI yg berlangsung selepas solat maghrib d markaz sabah yg baru. Terima kasih kepada semua warga DMSI yg memberi kerjasama yg baik walaupun ada yg datang lewat (aku lah tu) hehe. Selain solat hajat, DMSI juga membuat sambutan maal hijrah 1430 dan kenduri dari pihak tuan rumah iaitu Hafizah Aisyah (kak lang). Terima kasih atas jamuan yg sedap dan lazat hehe...

Program bermula seawal maghrib. Dimulakan dengan solat maghrib berjemaah dan di ikuti bacaan yaasin beramai2... Sementara menunggu solat isyak program di teruskan dengan ucapan dasar oleh pengerusi DMSI Sity Sazura yg menerangkan tujuan solat hajat di lakukan dan program ini merupakan program tahunan dan program besar DMSI setiap tahun.. Ada pelajar2 baru yg kurang tahu tentang aktiviti2 DMSI yg selalu di jalankan.

Solat Isyak dan solat hajat kali ini d imamkan oleh Saudara Raja Azlan Putra Raja Zainal Alam Shah yg datang bersama isteri dan anaknya.. selesai solat program di teruskan dengan tazkirah yg d sampaikan oleh siti Aishah Monib. Dan Aishah menyampaikan ceramah motivasi yg pernah d sampaikan ustazah Habibah pada solat hajat tahun lepas. Dan antara main point yg d sampaikan oleh kak aishah:

النجاح والتوفيق

mengetahui tujuan dengan jelas..معرفة الهدف والتوضيح

mengetahui kekuatan dan kelemahan diri -معرفة القوة والضائف
mengetahui kaedah dan jalan- معرفة القاعدة والطارقة
Percaya pada diri sendiri - الثقة بالنفس

Kaedah Kejayaan - القاعدة علي النجاح
menerima ilmu dari guru - "البركة في العلوم من العلماء"تلقي من العلماء
Hadiri Kelas - حضور في المحاضرة
Menyediakan Nota - أعداد المذاكرات
Mencintai Ilmu, Mencintai bahasa arab - حب العلم وحب اللغة العربية
Study Group - استذكار في المجموعة
Memahami Kemudian Menghafal - الفهم ثم الحفظ


Pendedahan awal kepada pelajar2 baru dan cara2 menjawab soalan dalam peperiksaan juga turut d sampaikan oleh senior2. Dan di antara yg d sampaikan jgn menulis jawapan d kertas soalan, jgn sesekali mengunakan pen merah di kertas jawapan. Teguran ikhlas dari kak laha tentang kelas tambahan yg kurang berjalan untuk pelajar2 baru.

Dan acara terakhir tuk program malam nih tak lain tak bukan "MAKAN" hehehe selesai mendengar ceramah kitorang pon di hidangkan dengan makanan yg sedap2 huhuhu antara lauk yg d sajikan malam nih ayam masak kismis, sayur tumis, dan sambal ikan bilis.. Pergh pedas sesangat sambal bilis tuh..ada yg makan sampai terkeluar air mata hahah..kesian2...Kami bersurai dalam jam 9 lebih dan masing2 pulang kerumah masing2.

"Orang yang bijak pandai menggunakan peluang dengan sebaiknya,Orang yang jahil mensia-siakan peluang"

Semoga kita tergolong dikalangan orang2 yang bijak pandai.. Exam pon semakin hampir masa yg ada akan ku manfaatkan dengan sebaiknya. Dan masa untuk aku online mungkin akan aku kurangkan buat sementara exam nih. Salam kemaafan dariku buat semua kawan2 yg pernah terguris perasaan dan pernah terkasar bahasa selama bersama.. Wish u all best of luck and do da best 4 d xm.. Semoga kejayaan itu milik kita semua..Amin..

0 comments: